27 March 2013

Tanah Melayu tak selamat jika Umno kembali perintah P.Pinang

Bukti dokumen dedah wajah sebanar Omar & Musa. Klik gambar.

LEBIH banyak tanah Melayu Pulau Pinang akan digadai sekiranya pemimpin Umno kembali menguasai Kerajaan Negeri pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, insiden 9.362 ekar tanah milik 31 Melayu Kampung Terang dekat Balik Pulau yang digadai oleh dua pemimpin Umno Pulau Pinang sendiri pada tahun lepas patut jadi pengajaran untuk semua rakyat di negeri berkenaan.

GUEN Eng meramahi Melayu.
"Hari-hari Umno tuduh DAP anti Melayu (dan) anti Islam. Tetapi, ada pemimpin Umno boleh kaut untung RM5 juta dalam masa tidak sampai empat bulan sebab tipu tanah Melayu," ujar beliau di George Town baru-baru ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, rakyat khususnya Melayu ditipu kerana pemimpin Umno tiada integriti politik.

Justeru, beliau mengajak rakyat supaya memberi mandat sekali lagi pada DAP serta Pakatan Rakyat untuk mentadbir Pulau Pinang, selain, menubuhkan Kerajaan Pusat selepas PRU13 nanti.

Terdahulu, Datuk Musa Sheikh Fadzir (Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang merangkap Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam) dan Datuk Omar Fauzar (Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor) disebut-sebut terbabit dalam kes "tipu tanah Melayu Balik Pulau" itu.

Ekoran itu, 'Umno P.Pinang dinasihat jelaskan tarikh sebenar tanah Melayu Kg.Terang selesai dijual'

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus