27 March 2013

Sang Kelembai dah merajuk, Umno dalam bahaya...


SANG Kelembai atau nama sebenarnya Zaharin Mohd. Yasin mungkin seakan mula menghantar isyarat merajuk gara-gara tidak dipilih menjadi calon Umno bagi kawasan Parlimen Bandar Tun Razak, lapor sesawang ekeleh.com.

Adakah ini isyarat ugutan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor?

Sang Kelembai menerusi blognya sebelum ini banyak mengkritik pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga susuk itu terpaksa melepaskan jawatan sebagai perdana menteri merangkap presiden Umno empat tahun epas.

Metafora "Kerajaan Tiga Beranak" yang dikaitkan dengan pentadbiran Abdullah menjelang pilihan raya umum lepas ternyata mengusik emosi rakyat serta Umno sampai menyumbang pada sabotaj dalaman Umno secara besar-besaran serta mencetuskan Thunami Politik 8 Mac 2008. 

Berikut komentar yang dipetik dari blog ekeleh.com:
Rupanya perkiraan Zaharin tak berapa menjadi kerana dia dikatakan tak dicalon di situ. Itulah perkiraan politik Najib yang tak mahukan Zaharin.

Jadi bakal calon yang tak dicalonkan ini seakan-akan melepaskan geram di FB sehingga nak menutup akaun facebooknya dan dia menyebut akan berhenti SU

Koordinator BN Bandar Tun Razak. Kerja siang malamnya tak dihargai, tulisnya. Ini adalah ugutan Zaharin, kalau menjadi dan tuahnya baik mungkin Najib perkirakan semula keputusannya. Lagi, kalau tak menjadi kau undilah Pakatan Rakyat, puas kan!! 
Silap Zaharin tak minta restu Rosmah terlebih dahulu!!

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus