19 March 2013

RM150 buku panduan MPSP, RM50 mohon permit ubah suai rumah

WARGA Seberang Perai boleh membeli buku garis Panduan Tambahan dan Pindaan Kecil Taman Perumahan yang baru dengan dengan harga RM150 sebuah sekarang bagi permohonan mengubah suai rumah masing-masing.

Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Soon Lip Chee berkata, buka garis panduan yang dikeluarkan majlis itu lengkap dengan borang permohonan.

"Pelanggan tidak tahu MPSP ada garis  panduan (cadangan pelan ubah suai kecil)...ini adalah pelan ikut piawaian yang memudahkan mereka sebenarnya," ujar beliau petang tadi di Dewan Haji Ahmad Badawi, George Town.

Pegawai Hal Ehwal Masyarakat Kawasan Parlimen Bagan, Krishna Murthy Naidu dan Mohd Raisul Muhadisin (Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan MPSP) turut hadir pada sidang media itu.

Lip Chee berkata, warga Seberang Perai digalakkan untuk mengikuti garis panduan yang disediakan dalam buku itu demi mengelak berbelanja lebih untuk tujuan mengubah suatu rumah masing-masing.

"RM900 bayaran profesional (minimum) untuk jurutera sahaja...(tetapi) jika mohon awal, RM50 saja untuk permit bangunan.

"Jika mohon permit semasa projek ubah suai sedang dijalankan, RM250 saja dikenakan," ujar beliau.

Difahamkan, buku panduan itu turut menyediakan syarat binaan tambahan, kaedah memohon dan menuntut cagaran berwajib RM750, serta format mengisi borang-borang permohonan berkaitan.

"Selalunya, proses sehari sahaja dengan Jabatan Pembangunan (MPSP) jika menggunakan buku panduan ini," ujar Mohd.Raisul.

Info lanjut, boleh hubungi talian 04-5497737.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus