27 March 2013

PKR 10 minit sandiwara bodoh RTM - Nik Nazmi

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak tawaran ke udara menerusi saluran RTM selama 10 minit.

Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, langkah media mesra Umno itu dianggap satu penghinaan pada kepintaran rakyat.

"Tawaran masa media 10 minit ini adalah suatu penghinaan terhadap kepintaran rakyat," tegasnya semalam.

Malah, ADUN Seri Setia itu menganggap insiatif RTM itu sebagai "satu sandiwara hodoh pihak yang jahilkan peranan media dalam demokrasi." 

Beliau berkata, peranan media yang sebenar antaranya memberi liputan dan laporan berita yang objektif, adil dan saksama. 

Justeru, katanya lagi, adalah tidak wajar media diperalatkan sebagai mesin propaganda untuk memaksakan pandangan UMNO ke atas rakyat.






No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus