16 March 2013

Pengerusi BN P.Pinang pilih Bkt.Tengah, Dr Lim?

Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow malam tadi didedah bertanding di DUN Bukit Tengah yang disebut 'kawasan pasti menang'.

Dr Lim Boon Han, penyelaras BN DUN itu nampaknya terpaksa pasrah untuk menjadi calon sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"DUN Bukit Tengah sepatutnya hak Dr Lim. Dr Lim buat kerja parti sejak empat tahun lalu.

"Takkan Teng takut dengan wibawa Dr Lim...takkan Teng yang kuat takut sampai pilih Bukit Tengah," ujar sumber.

Boon Han, menurut sumber, diarah tanding di Tambun, dijangka berdepan dengan Law Choo Kiang (Exco Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi PKR Pulau Pinang).

Mejar Huan Cheng Guan daripada Parti Cinta Malaysia (PCM) turut disebut-sebut bertanding di DUN itu kelak.

DUN Bukit Tengah kini disandang oleh Ong Chin Wen dari PKR. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus