28 March 2013

Padah bangkang Azizan Razak, pensyarah Insaniah dipecat

Padah membangkang unsur penyelewengan kewangan di bawah pentadbiran Datuk Seri Azizan Razak di Kedah, seorang pensyarah Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) dipecat serta merta tanpa dibuktikan bersalah.

"Mereka bertindak demikian disebabkan saya banyak menggelarkan kenyataan yang tidak disenangi kerana membongkar penyelewengan dan kelemahan pentadbiran kolej," ujar mangsa, Mohd. Farid Alias (gambar), 28 di Alor Setar semalam.

Beliau berkata, beliau telahpun mengemukakan notis sebulan mengikut prosedur untuk berhenti kerja pada 15 April depan.

Justeru, beliau mendakwa layanan yang diterimanya itu tidak berperundangan serta melanggar Akta Kerja 1955.

"Jika mengikut garis panduan pengurusan pemberhentian pekerja Jabatan Tenaga Kerja Malaysia, perkara 4.5 menyebut majikan perlu memberi notis penamatan perkhidmatan di bawah Akta Kerja 1955 (empat minggu notis jika pekerja sudah bekerja kurang dua tahun," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus