01 March 2013

MPSP buka kaunter khidmat pelanggan khas wanita mengandung

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)  membuka kaunter khas khidmat pelanggan untuk wanita mengandung bermula 1 Mac di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda Bukit Mertajam.

Ahli Majlisnya, Soon Lip Chee berkata, inisiatif itu ke arah mereputasi mutu khidmat pelanggan di sini.

"13,398 pelanggan berurusan di sini sepanjang Januari lepas dengan purata masa perkhidmatan 3.96 minit seorang.

"17,819 pelanggan sepanjang bulan Februari dengan purata masa perkhidmatan 2.82 minit seorang...lebih banyak berbanding bulan Januari.

"Kalau 1 peratus saja dari jumlah pelanggan bagi bulan Februari adalah wanita mengandung, kita sudah boleh merasai kesusahan mereka untuk mendapatkan khidmat pelanggan di sini.

"Sepatutnya, kaunter ini mula beroperasi pada 15 Mac depan...Ini (kaunter khas), kira percubaan," ujar beliau di sini.

Terdahulu, Lip Chee membangkitkan isu kebajikan wanita dalam mesyuarat MPSP lepas.

Ekoran itu, mesyuarat majlis bersetuju untuk membuka kaunter khidmat pelanggan khas untuk wanita mengandung.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus