Skip to main content

MPSP bincang Kayuhan Ria Rakyat HAPUS 10 Mac

Badan bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pulang (Hapus) pagi ini mengadakan satu pertemuan bersama-sama Yang Dipertua Majlis Perbadanan Seberang Perai (MPSP), Maimunah Mohd.Sharif sebagai persiapan Program Kayuhan Ria Rakyat HAPUS pada 10 Mac depan.

Tiga Ahli Majlis MPSP, Ahmad Tarmizi Abdullah, Syed Mikael Rizal Aidid dan Francis Ong turut hadir pada masjid sama.

Pengerusi Hapus, Zolkifly Md Lazim memberitahu, lebih 800 penyertaan diterima sehingga pagi ini.

"Sasaran kita, 1,000 hingga 1,500," ujar beliau di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Pengurus program Hapus, Khairul Ishak turut hadir pada majlis itu.

Maimunah berkata, beliau bersedia menerima cadangan penganjur untuk menyempurnakan majlis pelepasan kayuhan ria.

Zolkifly berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan pengesahan kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia) bagi menyempurnakan majlis perasmian program.

Dalam perkembangan sama, penyanyi lagu Selagi Ada Rindu Pak Long dijadualkan akan menghiburkan hadirin Pada hari tersebut.

Itu, tidak termasuk acara berwarna membabitkan kira-kira 80 murid pra sekolah kendalian Smart Reader.

Program Kayuhan Rakyat HAPUS anjuran bersama MPSP dan beberapa pertubuhan berbasikal.