Skip to main content

Mengapa CAP tidak bangkang Pusat halang Guan Eng wujudkan bas percuma seluruh P.Pinang?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) lantang mengkritik projek membina tiga lebih raya dan terowong bawah laut, tetapi, pengerusinya S.M.Mohamad Idris enggan menerima jemputan dialog kendalian Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng berkata, layanan dingin itu berpunca oleh Kerajaan Negeri menolak cadangan CAP yang mahu kenderaan swasta memasuki kawasan pulau dikenakan caj.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, polisi ala Singapura itu adalah tidak untuk semua warga di negeri berkenaan.

"Saya tahu, keputusan Kerajaan Negeri yang tidak menyokong pandangan CAP menyebabkan beberapa beberapa NGO bersama-sama Barisan Nasional (BN) menentang cadangan Kerajaan Negeri yang mahu membina tiga lebuh raya dan sebuah terowong dasar laut," ujar beliau di Komtar, George Town semalam.

Tambah Guan Eng, dasar CAP itu akan menambah kos hidup rakyat, terpaksa golongan peniaga miskin serta bukan warga pulau.

Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri senantiasa mengamalkan dasar buka pintu perbincangan dengan CAP demi membela kepentingan rakyat terbanyak di negeri berkenaan.

Dalam perkembangan lain, S.M.Mohamed Idris dipersoal ekoran tidak mempertikai secara lantang menerusi media arus perdana mengenai pentadbiran Kerajaan Umno BN Pusat menghalang usaha Kerajaan Negeri mahu mewujudkan sistem perkhidmatan bas percuma di seluruh Pulau Pinang demi mengurangkan kesesakan trafik.