20 March 2013

KMPP: Segera selesai 947 rumah terbengkalai Umno!

RAHMAD Isahak
UMNO Pulau Pinang sekali lagi dinasihat supaya mencari kaedah menyelesaikan projek terbengkalai di Teluk Kumbar yang membabitkan 947 rumah kos rendah.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak tengah hari tadi berkata, langkah pembangkang Pulau Pinang menuduh pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang langsung tidak membina rumah kos rendah di 'pulau' sia-sia.

"Masalah 947 unit berkenaan sudah tidak boleh disembunyikan lagi daripada pengetahuan rakyat negeri ini...di mana majoriti penduduk yang terlibat adalah orang melayu," ujar beliau di sini.

Semalam, pendiri badan pendesak Melayu itu mendedahkan, 712 rumah kos rendah berharga RM35,000 seunit sepatutnya dibina di Teluk Kumbar Heights di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.

Itu, tidak termasuk 235 rumah kos rendah lain berharga RM35,000 seunit di kawasan DUN yang sama.

Rahmad berkata, kedua-dua projek terbengkalai lebih 10 tahun itu adalah syarikat pemaju lantikan Kerajaan Umno Barisan Nasional Pusat.

Perkembangan terbaru itu, sekaligus menyerlah lagi wajah sebenar pembangkang Pulau Pinang gagal menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat, khususnya Melayu 'Pulau' di negeri berkenaan. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus