18 March 2013

Guan Eng sedang selesai 5 lagi projek terbengkalai BN



Lima lagi projek perumahan terbengkalai berusia lebih 10 tahun yang ditinggalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang era Barisan Nasional dulu sedang diselesai sekarang.

Sebelum ini, pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng dilaporkan berjaya menyelesaikan satu projek terbengkalai berusia 16 tahun tinggalan Barisan Nasional juga.

Exco Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai berkata, lima projek itu adalah projek Taman Cemerlang  (Bandar Baru Air Itam),  Fettes Villa (Mount Erskine), Taman Teluk Air Tawar (Seberai Perai Utara), Taman Pekatra (Seberang Perai Selatan) dan Desa Aman (Relau).

"Apabila Pakatan Rakyat mengambilalih pemerintahan Kerajaan Negeri, kita mengorak langkah dan berdepan dengan ribuan pembeli-pembeli berkenaan dan menyelesaikan masalah mereka. 

"Kelima-lima projek yang saya sebut telah dipulihkan dan dihidupkan semula dan sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan," ujar beliau di George Town baru-baru ini.

Hon wai berkata, pihaknya turut berjaya mendapatkan sijil kelayakan menduduki  (OC) untuk projek Taman Pekatra Fasa 1, 2 dan 3 serta Desa Aman untuk hak penduduk berwajib masing-masing sepanjang tempoh lima tahun ini.

"Ini bukti jelas bagaimana masalah tinggalan Barisan Nasional diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Dalam tempoh antara March 2008 dan Julai 2012, sebanyak 14,702 unit kos rendah dan kos sederhana rendah sudah mendapat sijil layak menduduki yang dikeluarkan MPPP dan MPSP membabitkan 47 projek iaitu di pulau dan Seberang Perai. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus