DAP lebih menerima simpati rakyat serta akan memang lebih banyak kerusi jika parti masa depan itu diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
"Rakyat Pulau Pinang akan tetap sokong 19 kerusi DAP sama ada calon parti itu bertanding atas tiket parti atau bebas.
"Jika DAP diharamkan, rakyat khususnya bukan Melayu akan bertambah simpati dan dekat dengan parti itu," ujar Rahmad Isahak di Jelutong lewat petang tadi.
Justeru, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) itu berkata, tidak mustahil Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri akan ditubuh sekali lagi oleh calon-calon Bebas pula jika lebih banyak calon DAP bertanding atas tiket bebas serta memang di peringkat DUN dan Parlimen nanti.
"Tak mustahil Bebas tubuh Kerajaan Negeri di Pulau Pinang dan memang besar di Putrajaya selepas pilihan raya nanti jika ROS tersalah langkah haramkan DAP sekarang," ujar beliau.
No comments:
Post a Comment