20 March 2013

'DAP Melayu' pelan kontigensi hadapi Umno di PRU13


Umno Pulau Pinang didedah fokus merampas kerusi DUN Penanti, Permatang Pasir, Batu Maung dan Sungai Bakap sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) demi memastikan DAP yang dijangka kekal memenangi di 19 kurusi tradasinya itu akan tetap gagal menubuh sekali lagi Kerajaan Negeri kelak disebabkan tiada calon Melayu dari Pakatan Rakyat negeri menang.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak (gambar) mencadangkan, DAP supaya memberi laluan kepada Melayu untuk bertanding di dua atau tiga kerusi tradisi parti masa depan itu sebagai pelan kontingensi.

"19 kerusi (DAP) ini perlu mencerminkan kepelbagaian bangsa. Melayu wajib bertanding dan menang di dua (atau) tiga kerusi tradisi DAP bagi menggagalkan rancangan Umno sekarang," ujar beliau  petang tadi di Hotel Treders, George Town.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara terperinci mengenai kerusi-kerusi DUN sasaran yang wajar diwakili "DAP Melayu".

Cakap-cakap politik ini diluahkan semasa Zairil Khir Johari (Setiausaha Politik bagi Setiausah Agung DAP, Lim Guan Eng), Senator Dr. Ariffin SM Omar (Naib Pengerusi DAP) dan Zulkifly Mohd. Noor (veteran DAP) disebut-sebut bakal bertanding di kerusi tertentu sempena pilihan raya umum kali ini.

Dalam pilihan raya umum lepas (8 Mac 2008) menyaksikan DAP, PKR dan PAS masing-masing menang 19, sembilan dan satu. Manakala, Umno menjadi pembangkang berbekalkan dengan 11 kerusi DUN.

Pakatan Rakyat menang majoriti lalu menubuhkan Kerajaan Negeri pada 13 Mac tahun yang sama dengan representasi bersama empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melayu, iaitu Datuk Mansor Othman (Penanti), Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Batu Maung), Datuk Mohd. Salleh Man (Permatang Pasir) dan Maktar Shapee (Sungai Bakap).

Mansor dan Abdul Malik kemudiannya masing-masing dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang dan Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna di bawah pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng yang juga Setiasuaha Agung DAP Malaysia.

Manakala, Salleh dan Maktar masing-masing dilantik sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus