27 March 2013

Chang Yeow lega penyokong BN P.Pinang sudi sebut "YES"

BN mengaku himpunan mereka disertai 10,000 penyokong, mengalahkan '308'

Laman-laman sosial mesra Umno tetap bertegas kira-kira 10,000 penyokong menyertai Himpunan Barisan Nasional Pulau Pinang di Padang Kota, George Town pada Ahad lepas.

Perhimpunan itu, menurut penyokong Umno sekaligus menebus maruah kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak (bekas perdana menteri) selepas dimalukan oleh penyokong PSY (penyanyi lagi Gangdam Style) dalam satu Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional baru-baru ini.

Pengerusi Barisan Nasional Negeri, Teng Chang Yeow dilihat seakan menarik nafas lega dan berpuas hati ekoran rata-rata penyokongnya yang menyertai himpunan  baru-baru ini sudi menyebut "Yes" semasa Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang itu bertanya "Are You Ready For BN?".

Terdahulu, rata-rata warga Pulau Pinang yang menyertai Konsert Gangdam Style PSY sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang menyebut "NO" semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanya soalan yang sama tiga kali, iaitu "Are You Ready For BN?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus