VETERAN DAP, Lim Kit Siang hari ini menyeru seluruh rakyat khususnya di Pulau Pinang melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan mengundi Pakatan Rakyat di bawah kepemimpinan bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana, katanya, musim pilihan raya kali ini adakah masa terbaik untuk rakyat memajukan negara, selain, menolak pemimpin Umno BN tertentu yang didakwa rasuah.
"Tahun ini Pulau Pinang akan menjadi tujuan negara dan dunia dengan kedatangan penyanyi Gangdam Style (bernama) Psy.
"Beribu-ribu bendera 1Malaysia dipasang disuruh George Town tanpa peduli hal keselamatan di jalan raya, itu semua untuk memberitahu mesej politik BN sahaja.
"50 tahun dulu, kita (Malaysia) dan Korea sama sahaja, tetapi negara Psy (Korea) itu lebih maju dari segenap segi berbanding negara kita di bawah cengkaman Umno BN sekarang.
"Mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya membawa Psy sahaja ke Malaysia?
"Mengapa tidak membawa mesej Malaysia yang jauh mundur (dan) ketinggalan berbanding Korea kepada rakyat (Malaysia)?
"Ini kali lah...kita ubah Putrajaya dengan menolak pemimpin rasuah dan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di peringkat pusat," ujar Kit Siang di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Beliau yang juga Penasihat DAP turut menyeru rakyat supaya menuntut proses peralihan kuasa secara aman daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Umno BN tewas dalam PRU13 nanti. -END
No comments:
Post a Comment