13 February 2013

Jumpa Budak Dari Syurga, terima kasih polis sebab nasihat saya!

Kata orang, "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul."

Hari ini, hati saya remuk menyaksikan seorang ayah miskin menolak kerusi roda anak istemewanya.

Anaknya sakit tenat. Seluruh tubuh nampak tulang. Mata layu. Pucat-lesi.

Anak saya, nama Insyirah. Insyirah cerdik, sihat dan selaku gedik.

Tapi, saya menangis. Dalam diri anak istimewa itu, saya lihat diri Insyirah.

Saya menangis menyelami 'anugerah' Allah ke atas anak istimewa itu.

Ibu mertua saya panggil, Budak Dari Syurga.

Isteri saya pernah sakit teruk enam bulan dulu. Hajjar Hassan menghidapi barah. Cancer Hodgkin Lymphoma namanya pada tahap empat.

Sekarang, saya lihat Hajjar kian bersemangat. Mungkin itu petanda sembuh daripada Allah.

Mungkin pengalaman kecil yang mencuit keluarga saya sebelum ini, saya mudah tersentuh.

Saya menangis. Sumbangan tak banyak buat Budak Dari Syurga itu.

Tetapi, saya nak minta izin daripada ayah miskin itu untuk mengambil gambar anaknya serta no. akaun bank untuk saya bantu melalui blog kecil saya ini.

Ayah miskin tua itu berkali-kali mengelak.

Beberapa SB polis kemudian datang memberitahu, ayah itu menggunakan anaknya untuk mengutip derma bagi menyabung ketagihan dadah.

"Ya Allah, lunakkanlah hati aku dan ayah miskin tua itu untuk menjadi ayah yang soleh, suami yang penyabar dan hamba-Mu yang bersyukur. Amin." doa saya di dalam hati.

Terima kasih polis sebab menasihat saya!

AstaghfiruLlah...

Zainulfaqar Yaacob
Komtar |6.52 petang

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus