21 February 2013

Takut Mahathir punca Soi Lek ketepi Tee Keat calon PRU13?

TERLALU dengar serta tunduk pada kemahuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin salah satu punca Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menghalang rakan seperjuangan, Datuk Seri Ong Tee Keat dari menjadi calon parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Soi Lek didakwa takut dengan Dr Mahathir, tetapi cuba berlagak berani dengan membakar api perkauman membabitkan Melayu demi memulihara kedudukan politik diri sendiri.

Natijahnya, Soi Lek dilihat tidak berupaya mengurus perbezaan politik membabitkan akar umbi parti yang setia menyokong Tee Keat, bekas Presiden MCA.

Tee Keat sendiri dalam reaksi spontan dilaporkan berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan Soi Lek.

Pun begitu, Tea Keat berkata beliau masih menyimpan harapan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, sama ada beliau bertanding atau tidak bagi mempertahankan Parlimen Pandan ditentukan oleh Najib, bukan Soi Lek.

Justeru, baginya, lebih baik menunggu pengumuman Najib daripada melayan Soi Lek. 

"Saya tidak akan masuk bakul, angkat sendiri dalam perkara ini dan biar rakyat yang menilai siapa pemimpin tulen dan bekerja untuk rakyat di Pandan," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Pandan, Selangor dekat sini pagi tadi.

Dalam perkembangan lain, perbezaan pendapat membabitkan dua tokoh Cina itu dikatakan bakal mempengaruhi pola pengundian Cina di Pulau Pinang.

Seorang tokoh Gerakan Pulau Pinang yang enggan identitinya diketahui berkata, Cina mungkin akan mengubah sokongan kepada Gerakan serta tidak meninggalkan Barisan Nasional ekoran perbezaan pendapat membabitkan Soi Lek dan Tee Keat.

Namun, sumber berkata, Cina MCA di Pulau Pinang tidak patut menjadikan polemik dalaman parti itu sebagai alasan untuk sabotaj mana-mana calon Barisan Nasional Negeri dalam pilihan raya nanti. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus