07 February 2013

P.Pinang rayu Pusat realisasi Pusat Dialisis CAT

PENTADBIRAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dirayu membantu Kerajaan Pulau Pulang merealisasikan operasi Pusat Dialisis CAT dekat Balik Pulau dengan caj pasca subsidi serendah RM30 sekali rawatan.

Ketua Meteri, YAB Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Pusat dicadang menanggung subsidi RM50, manakala baki RM30 lagi disubsidi oleh Kerajaan Negeri.

Menurut beliau, kos perkhidmatan bagi satu sesi rawatan di pusat dialisis negeri pada kadar mesra rakyat, iaitu RM110, berbanding kadar pasaran, iaitu antara RM150 hingga RM200 bagi satu sesi rawatan.

"Dicadangkan RM50 dibiayai oleh Kerajaan Pusat, RM30 disubsidi oleh Kerajaan Negeri dan cuna RM30 sahaja (ditanggung oleh pesakit buah pinggang.

"Inisiatif kebajikan itu adalah berkonsepkan "Public & Private Partnership Framework" dan kos lebih kurang 50 peratus dibiayai melalui peruntukan Kerajaan Negeri," ujar beliau sempena majlis penerimaan peralatan Pusat Dialisis CAT di Kompleks Pasar Awam MPPP dekat Balik Pulau.

KLIK dan Sertai Santai Anak Muda Pulau Pinang

Beliau berkata, kadar RM30 adalah memadai memandangkan pesakit buah pinggang menerima sekurang-kurangnya 3 sesi rawatan seminggu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain, Datuk Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri I), Prof. Dr. P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri), Datuk Mokhtar Mohd. Jait (Pegawai Kewangan Negeri) serta Phee Boon Poh (Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar) dilaporkan antara kepemimpinan negeri hadir pada majlis itu.

Justeru, beliau berkata, RM523,110 juta diperlukan untuk peralatan pusat dialisis, termasuk RM150,000 untuk pengubahsuaian fizikal bangunan supaya menepati piawaian pusat dialisis.

"Inisiatif ini akan dilaksanakan dengan konsep Public & Private Partnership Framework (PPP) dan kos lebih kurang 50 peratus akan dibiayai melalui peruntukan Kerajaan Negeri," ujar beliau.

Beliau berkata, operasi projek di bawah pemantauan Boon Poh akan diselia oleh Abdul Halim.

Sehingga 31 Disember 2011, Difahamkan, seramai 4,476 pesakit buah pinggang berdaftar sedang menerima rawatan di Pulau Pinang.

Ekoran itu, Guan Eng berkata, pusat dialisis tanpa lesen atau tidak ikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia kian bertambah.

Sehingga 31 Disember 2011, 1,310 mesin HD direkod di Pulau Pinang dengan kapasiti maksima merawat bagi setiap satu mesin kira-kira 30 pesakit.

Sehingga 20 Julai tahun lepas, 50 pusat dialisis di negeri berkenaan.

Dari jumlah itu, 21 pusat dialisis dikendali oleh badan bukan Kerajaan (NGO), 36 daripadanya pusat berlesen dan baki tidak dapat dilesenkan.

Guan Eng turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana memberi kadar sewa nominal RM10 setahun bagi Pusat Dialisis CAT kelak.

"Saya berasa bangga untuk memaklumkan di sini bahawa Negeri Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang menguruskan Pusat Dialisis sendiri (atau) The first State Run Dialysis Centre," ujar beliau. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus