KHAIRUL Nizam yang lebih dikenali sebagai blogger Aduka Taruna sekali lagi diarahkan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada jam 10.00 pagi ini di bawah peruntukan Akta Perhimpunan Aman, 2011.
Kali pertama blogger kontroversi itu mencuri perhatian polis sampai terlepas dari dakwaan di mahkamah pada dua tahun lepas semasa meluahkan perasaan dingin terhadap adat istiadat kemangkatan ayahanda Sultan Johor sekarang.
"Gua didakwa merancang himpunan mengarak patung mirip Tok Pa (Datuk Mustapha Mohamad, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan) dari Kota Bharu menghampiri jambatan terbengkalai semasa Tahun Baru Cina Sabtu lepas," ujar saksi semasa dihubungi awal pagi ini.
Dalam gambar surat arahan polis atas penama Insp. Siti Alina Mohd. Adil yang diterima lewat petang semalam, bagaimanapun tidak memberitahu secara jelas sebab musabab saksi dipanggil.
Pun begitu, gambar surat yang sama menjelaskan risiko saksi tidak mengikut arahan penguatkuasaan.
"Ambil peringatan bahawa di bawah peruntukan Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah, anda adalah dikehendaki menghadirikan diri untuk memberi keterangan...
"Jika enggan atau gagal hadir sepertimana yang dikehendaki, mahkamah boleh mengeluarkan waran untuk memastikan kehadiran anda," jelas sumber.
Difahamkan, saksi berdepan dengan risiko salah jika enggan hadir, lalu, dihukum penjara selama sebulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-dua hukuman sekali sebagaimana di bawah Seksyen 174 Kanun Keseksaan.
Perkembangan terbaru ini sekaligus mengesahkan ramalan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini, iaitu Akta Perhimpunan Aman berperanan untuk mengekang kebangkitan rakyat menolak rejim Kerajaan Pusat dalam musim pilihan raya umum sekarang.
Hubungi IPD tersebut melalui no. 09-775220 atau 017-2737231untuk mendapat info lanjut pagi ini.-END
No comments:
Post a Comment