22 February 2013

PKR kumpul tuntut Polis Kepala Batas bebas Chee Leong sekarang

SEKUMPULAN aktivis PKR Pulau Pinang berhimpun di perkarangan IPD Polis Kepala Batas petang ini ekoran penahanan reman rakan mereka, Lim Chee Leong selama sehari semalam bermula pagi tadi.

Ketua AMK Pulau Pulang, Amir Ghazali berkata, Chee Leong, Naib Ketua Pasukan Keadilan Perai ditahan bagi membantu siasatan satu kes pergaduhan yang membabitkan bekas pekerjanya di kawasan komersial Jalan Raja Uda, Bagan pada Selasa lepas

"Bekas pekerja Lim Chee Leong kutip duit parkir RM5 satu kereta secara tidak sah dan tanpa pengetahuan Lim Chee Leong sendiri.

"Perbuatan Jusrul (bekas pekerja Chee Leong) itu orang tak puas hati, sampai berlaku pergaduhan. Lim Chee Leong cuba dibabitkan sedangkan itu perbuatan bekas pekerjanya," ujar Amir di sini.

Ketua Jingga 13, Amizuddin Ahmad yang lebih dikenali sebagai blogger 'Sharpshooter', Abg Latip (Ketua Cabang Kepala Batas) antara aktivis yang hadir di sini.

Wakil peguam mangsa berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan perintah membebaskan anak guamanbya itu petang ini juga.

Berita lanjut mengusul kemudian.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus