Skip to main content

PERHATIAN!!! Optimus Prime Pas singgah Bandar Perda Bukit Mertajam, P.Pinang 10 malam ini

SELEPAS majlis pelancaran traller ala Optimus Prime tengah hari tadi yang disempurnakan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jelajah seluruh Semenanjung Malaysia dilangsungkan.

Pengemudi jentera kempen traller berkenaan, Zul Hazmi memberitahu, Optimus Prime dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi menemui rakyat.

Maklum balas AJK Pemuda Pas Pulau Pinang, Firdaus Mohd. Ali memberitahu, Optimus Prime dijadual tiba di Uptown Bandar Perda, Bukit Mertajam kira-kira jam 10.00 malam ini.

"Semua dijemput hadir. Kita berhimpun di Restoran Nashmir, menunggu Optimus Prime," ujar beliau menerusi telefon.