26 February 2013

Pegawai Guan Eng adu polis, sanggah fitnah Najib

DARI KANAN: Kevin Khoo, Chris Chun Kit Lee, Zairil Khir Johari, Martim Lim dan Haris Zuan menunjukkan laporan polis di perkarangan IPD Timur Laut, George Town. 


SATU laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat pagi tadi gara-gara perdana menteri itu didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah sehingga dianggap memberi gambaran tidak benar pada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Zairil Khir Johari selaku Pegawai Khas bagi Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, usaha Kerajaan Negeri memartabatkan Islam di Pulau Pinang sekarang sebenarnya jauh lebih baik berbanding era Umno serta Barisan Nasional dulu.

"Kalau kita lihat rekod prestasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP (Guan Eng), hal ehwal agama Islam ditingkatkan berkali ganda," ujar Zairil di perkarangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, George Town.

Kevin Khoo, Chris Chun Kit Lee, Martim Lim dan Haris Zuan antara aktivis muda Pulau Pinang yang turut menyertai sidang media bersama-sama Zairil.

Zairil yang juga Ketua Pegawai Eksekutif di Penang Institute (PI) berkata, peruntukan hal ehwal agama Islam bagi tahun 2008, iaitu semasa Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang berjumlah RM25.49 juta sahaja.

Semasa era Guan Eng menjadi Ketua Menteri, beliau berkata, peruntukan hal ehwal agama Islam bagi tahun 2009 berjumlah RM35.78 juta, diikuti RM37.85 juta (2010), RM63.21 juta (2011), RM64.03 jut (2012) dan RM164 juta (2013).

Tambah Zairil, pentadbiran Guan Eng telah membeli 3,208 ekar tanah bukan Islam yang bernilai RM20 juta bagi menyelesaikan masalah kepadatan tanah perkuburan Islam dekat Jelutong.

"13 tahun (Kerajaan Negeri era) Umno tidak mampu selesaikan, diselesaikan oleh Kerajaan Negeri sekarang," ujar beliau.

Tuntas itu, Zairil berkata, beliau menyanggah kenyataan berunsur Fitnah Najib sebagaimana dilaporkan akhbar The Star baru-baru ini.

"(Kenyataan Najib) itu tidak benar sama sekali. Ia berunsur fitnah. Kami berharap pihak polis akan mengambil tindakan terhadap fitnah yang berbahaya ini," kata beliau.

Terdahulu, kenyataan Najib yang dipetik dari akhbar The Star antara lain menyebut, "Satu undi bagi PKR akan memusnahkan akidah manakala undi untuk PAS akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam dan undi untuk DAP akan melihat Islam sedang ditindas." -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus