11 February 2013

Paksa pemimpin Umno, MCA MIC 'muntah duit rasuah' selepas BN tewas PRU13 - Guan Eng

HAMPIR 1,000 warga Parlimen Bagan pelbagai kaum petang ini menyertai Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Ketua Menteri Pulau Pulang, YAB Tuan Lim Guan Eng dan isteri, Puan Betty Chew.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, A.Thanasagaran (Adun Bagan Dalam), Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan), Phee Boon Poh (Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar) dan Ng Wai Aik (Adun Komtar merangkap Setiausaha Politik bagi Ketua Menteri) antara dif kehormat yang hadir pada majlis jamuan makan di Dewan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Butterworth.

Hadir bersama, kepemimpinan DAP Pulau Pinang serta sayap pemuda DAPsy dan sayap wanita.

Tarian naga berkembar menyerikan majlis keraian itu, selain, bakaran mercun.

"Bagi kawasan Bagan ini, dalam apa-apa perayaan dalam lima tahun ini, kita akan merasai perubahan. Dalam kehidupan kita, kita mesti bersedia melakukan perubahan.

"Kalau hidup setiap hari pun perlukan perubahan, dalam sebuah negara bagi tiap-tiap lima tahun (Pilihan Raya Umum 13 nanti), lebih-lebih lagi perlukan perubahan.

"Rakyat memang perlu ubah. Kalau di peringkat negeri sahaja ubah tidak cukup kita buat lima tahun lepas (iaitu PRU13 Pada 8 Mac 2008), tetapi, kita perlu ubah di peringkat nasional di Putrajaya," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Guan Eng yang juga Adun Air Putih berkata, "rakyat wajar paksa pemimpin Umno muntah keluar duit yang mereka makan dan skandal RM52 bilion ekuiti Bumiputera Melayu sehingga baki yang tinggal hanya RM2 bilion saja.

"Rakyat wajib paksa pemimpin MCA dan MIC masing-masing muntah duit yang mereka makan dalam skandal PKFZ dan skandal Lebuh Raya PLUS.

"Kita mesti Ubah pemimpin di Putrajaya, baru boleh paksa pemimpin Umno, MCA dan MIC 'muntah duit' yang dicuri dari negara kira dari 'dulu, kini dan selamanya'," ujar Guan Eng disambut tepukan gemuruh mereka yang hadir.

Beliau turut menyeru rakyat supaya menuntut proses peralihan kuasa secara aman daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Umno BN tewas dalam PRU13 nanti. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus