14 February 2013

Najib diam, Zahid Hamidi tolak huru-hara babit Umno

Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih berdiam diri dengan tuntutan rakyat supaya proses peralihan kuasa mesti dilakukan secara aman semasa Umno tewas Pilihan Raya Umum Ke-13.

AHMAD Zahid Hamidi
Sebaliknya, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan tampil berdalih ekoran khalayak umum percaya Umno sejak perhimpunan agung lepas seakan memberi isyarat bahawa phak tertentu akan melakukan huru-hara jika Umno tewas di Putrajaya.

“Sekiranya BN menang pada PRU-13 pembangkang perlu menyokong, kalau mereka (pembangkang) menang pula kita (BN) akan sokong.

“Jangan timbulkan huru hara...(sebab) negara kita aman,” katanya Selasa lalu selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA Bahagian Bagan Datoh, di Hutan Melintang.

KLIK dan Sertai Santai Anak Muda Pulau Pinang
Daftar segera 1,500 Kayuhan Rakyat Partahan Mandat Kerajaan Negeri Pulau Pinang!

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno turut menyuarakan rasa bimbang kemungkinan berlakunya 'Arab Spring' sebagaimana di Timur Tengah tahun lepas di tanah air ini, dipercayai berpunca oleh penipuan pemimpin negara.

“Mereka (pembangkang) adalah pemimpin rasional (dan) yang baik-baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus-menerus seakan menghantar isyarat kepada rakyat bahawa pihak tertentu akan melakukan huru-hara sekiranya Umno tewas dalam pilihan raya umum nanti.

Memetik tulis dari blognya www.chedet.cc, Dr Mahathir seakan cuba menakutkan rakyat kononnya'Arab Spring' mungkin berlaku di Malaysia sebagaimana amaran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MUJAHID (kiri) mendengar nasihat Tok Guru Nik Aziz.
Ahli Jawatankuasa PAS Malaysia, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa semasa dihubungi kemudian berkata, dalih Zahid adalah tidak memadai.

"Rakyat sebenarnya menuntut Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri memberi jaminan keamanan.

"Pakatan Rakyat akan terus sasar menang di Putrajaya sebagaimana yang rakyat impikan. Susah-susah masuk pilihan raya, takkan Pakatan Rakyat nak menghuru-harakan negara selepas menang nanti.

"Tentulah parti yang kalah akan melakukan huru-hara sebab tidak boleh menghormati mandat rakyat. Sebab itu, atas nama Impian Malaysia, saya menasihatkan Najib supaya terus berusaha mengawal emosi penyokongnya atas nama keamanan negara jika Umno BN tewas nanti," ujar Mujahid yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Malaysia.

Tuntas itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar sekali lagi menyerus rakyat supaya menggandakan tuntutan kepada Najib sekarang supaya jaminan proses peralihan kuasa secara aman diumumkan sebelum musim pilihan raya umum nanti.  -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus