WARGA Pulau Pinang berasa dimungkiri janji oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mungkin salah satu sebab perdana menteri itu dimalukan dua kali dalam Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang di George Town, Sabtu lepas.
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak (gambar atas) berkata, teknik kempen Umno Barisan Nasional mengumpan hiburan dengan memanggil penyanyi terkenal Gangdam Style, PSY sebenarnya tidak boleh membeli jiwa rakyat di negeri berkenaan.
Pendiri badan bukan kerajaan (NGO) mesra Melayu itu berkata demikian semasa Najib baru mengumumkan untuk membina 25,500 unit rumah mampu milik di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Wilayah Pembangunan Iskandar, Kulaijaya, Johor, negeri di bawah kekuasaan Umno Barisan Nasional.
Sumber: Malaysiakini |
"Sesungguhnya itulah amaran awal daripada pengundi negeri ini kepada Barisan Nasional bahawa mereka tidak boleh dibeli dengan unsur hiburan mahupun wang ringgit semata-mata.
"Tambah menyakitkan hati apabila Perdana Menteri terus mengulangi kedua-dua janji (iaitu) membina rumah mampu milik dan (menyediakan prasarana) projek monorail sekiranya Barisan Nasional kembali memerintah negeri ini.
"Bagi kami rakyat Pulau Pinang, janji-janji berkenaan sepatutnya ditunaikan semenjak dahulu lagi, (iaitu) sewaktu Barisan Nasional (masih) menjadi Kerajaan Negeri.
"Fenomena untuk mengumpan pengundi di sini di klasifikasikan sebagai sudah ketinggalan zaman serta tidak lagi relevan sama sekali," ujar Rahmad menerusi emel, petang tadi.
Tuntas itu, katanya, gaya pentadbiran Najib serta insiatif terbaru Barisan Nasional memanggil PSY ke Pulau Pinang lebih dilihat "menggali lubang kubur sendiri" serta "tanda selama tinggal kepada Barisan Nasional Pulau Pinang." -END
No comments:
Post a Comment