03 February 2013

Mengapa Dewan Pemuda tiada dalam konvensyen PRU13 Pas semalam?

Konvensyen  'Menuju Putrajaya Dengan Keberkatan' yang diadakan di Seri Kembangan semalam dikatakan berjaya mengheret kembali Pas ke landasan asal, iaitu fokus mendepani pilihan raya serta memang bergaya bersama-sama Pakatan Rakyat.

Pas tidak lagi regid membincangkan mengenai cita-cita partinya, iaitu perihal Hudud dan Negara Islam.

Sebaliknya, Pas berbincang mengenai kepentingan merealisasikan impian umum kelompok pengundi sasaran di kawasan yang ditandingi.

Mereka, generasi muda, wanita, generasi peneroka felda, tentera serta pesara tentera, penggiat media baru 2.0, penjawat Kerajaan, NGO serta Orang Asli.

"Tanpa Pas sedari, kerusi-kerusi yang Pas pilih untuk tanding dulu majoritinya Melayu.

"Dalam pilihan raya umum ke-13 ini, buat pertama kalinya, Pas secara serius membuat segmentasi ke atas semua kelompok pengundi yang ada dalam kawasan yang kita tanding.

"Pas telah memilih semua kerusi majoriti Melayu ini, maka, kita perlu berdepan dengan semua kelompok ini agar Pas menang di kerusi yang Pas tanding," ujar Husam yang juga Pengerusi Road Map Pas ke Putrajaya.

Tidak cukup dengan itu, dua sukarelawan dari Grup Kempen Jokowi diterbangkan dari Jakarta untuk menajam lagi strategi akhir parti

Dari luar dewan tempat berlangsungnya konvensyen, reaksi yang diterima antaranya, konvensyen itu diadakan seakan tanpa partisipasi langsung daripada Dewan Pemuda Pas Malaysia.

Muka-muka pemimpin Ulamak dan Muslimat peringkat pusat dan negeri ada.

Namun, muka Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi dan timbalannya, Nik Abduh Nik Aziz langsung tidak kelihatan.

Keputusan mesyuarat Pas Pusat menama Nasruddin atau Nik Abduh mengepalai ikrar bai'ah jentera pilihan raya Pas diketepikan begitu saja.

Itupun mujur Kamaruzzaman Ahmad (Penolong Setiausaha Pemuda Malaysia merangkap Ketua Pemuda Wilayah) tiba-tiba muncul membaca ikrar bai'ah.

Jika tiada Kamaruzaman, ertinya konvensyen berlangsung tanpa partisipasi Dewan Pemuda.

Adakah konvensyen persiapan memenangkan Pas di PRU13 sekarang bukan keutamaan bagi Dewan Pemuda; atau Nasruddin-Nik Abduh ada keutamaan lain dari apa yang digagaskan oleh dua Tok Guru kita ini?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus