LIM Guan Eng (kiri) menunjukkan laporan berunsur fitnah yang membabitkan adik kandung beliau dalam satu sidang media bersama-sama Chaw Kom Yeow. Gambar: FB Buletin Mutiara. |
TiMBALAN Perdana Menteri, Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yaasin dinasihat supaya tidak menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng melakukan "kerja bodoh".
Guan Eng disifatkan demikian gara-gara mencadang rakyat memakai baju warna tertentu semasa menghadiri Majlis Rumah Rumah Terbuka Tahun Baru Cina kendalian Barisan Nasional pada 11 Februari nanti.
"Saya tidak pernah mendengar perkataan 'bodoh' dilempar (oleh) Muhyiddin ketika membuat lawatan ke negeri-negeri Pakatan Rakyat lain seperti Kelantan, Kedah dan Selangor. Tetapi berlaku di Pulau Pinang.
"Kalau Barisan Nasional nak menang (dalam Pilihan Raya Umum Ke-13), biarlah kemenangan itu ditentu oleh rakyat. Biar rakyat memilih sesebuah kerajaan berdasarkan prinsip yang lebih mulia serta memberi manfaat kepada rakyat," nasihat Guan Eng kepada Muhyiddin baru-baru ini di Komtar, di sini.
Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow turut hadir pada sidang media itu.
Dalam nada dukacita, Guan Eng bagaimanapun mengaku bahawa beliau tidak akan melakukan serangan balas secara peribadi kepada Muhyiddin.
"Saya sangat dukacita apabila Timbalan Perdana Menteri (Muhyiddin) menggunakan bahasa yang tidak senonoh. (Tetapi) saya tidak mahu membuat serangan peribadi (sebagaimana) dibuat Muhyiddin," jelas beliau.
Terdahulu, Barisan Nasional merancang untuk mengadakan konsert "Gangnam Style" di Sekolah Tinggi Han Chiang, di sini, dengan menjemput selebriti popular Korea, Psy.
Sambil mengalu-alukan insiatif Barisan Nasional itu, Guan Eng mencadangkan rakyat memakai baju warna tertentu semasa menghadiri konset tersebut.
Muhyiddin dalam reaksi balas berkata, Guan Eng "melakukan kerja-kerja bodoh."
"Ini kerja yang bodoh. Kenapa nak menimbulkan kekacauan...mungkin niat dia (Guan Eng) tidak ikhlas," kata Muhyiddin.
Akhbar mesra Barisan Nasional itu pada 6 Februari lepas melaporkan, Hui Ying disebut-sebut menyatakan minat untuk bertanding dalam pilihan raya umum depan atas tiket DAP.
Phee Boon Chee, 47, iaitu adik kepada Phee Boon Poh (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) turut difitnah seperti Hui Ying.
"Ini adalah penipuan. Keseluruhan (laporan The Star itu) tipu belaka.
"Jangan 'hiris' (perasaan) adik saya sebagaimana mereka telah buat (ke atas) isteri dan anak (lelaki) saya dulu.
"Saya hanya boleh mengharap pembaca-pembaca tidak akan percaya dengan (laporan akhbar) The Star, semuanya bergelumang dengan fitnah," ujar beliau.
Perkembangan terbaru itu dijangka bakal menarik perhatian rakyat untuk menilai peribadi Guan eng dan Muhyiddin serta kewibawaan akhbar The Star. -END
No comments:
Post a Comment