13 February 2013

Jabatan Pembangunan Mahasiswa PAS buat perangai Taliban cengkam Gerakan Mahasiswa Islam lawan rejim Najib?

KEMPEN mahasiswa tanding mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan rupa-rupanya turut berdepan dengan kongkongan tidak langsung pemimpin pemuda PAS tertentu melalui Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM).


JPM Pahang serta Ikatan Mahasiswa Pelajar Pahang (IPP) didedah menerima arahan khas daripada JPM supaya tidak menyertai grup Gerakan Mahasiswa Sertai Pilihan Raya Umum Ke-13 (GM13) sekarang.

"JPM Pusat memaklumkan, JIK & GAMIS diminta untuk tidak terlibat dengan GM13 yang akan turun ke Parlimen Pekan pada 11-17 Februari ini.

"Akan tetapi, selaku mahasiswa kita akan membantu dari belakang tabir dari sudut publisiti, penyebaran maklumat dan lain-lain yang dirasakan sesuai.

"Arahkan ahli jemaah kampus fokus pada gerak kerja bantu kawasan yang ditetapkan oleh JPMN kecuali program GAMIS.

"JPM umpama Majlis Syura kepada PAS. JPM lah yang mengawal segala perlembagaan & pergerakan JIK," dipetik dari surat sulit JPM Pahang.


P/S: SELURUH RAKYAT ANTI UMNO DOK MENGATA AUKU KONGKONG MAHASISWA, TETAPI, GENG TALIBAN DALAM JAMAAH KITA SENDIRI LEBIH TERUK KONGKONG KEPEMIMIMPINAN GAMIS DAN MAHASISWA. SYUMUL KA KAEDAH SYURA JPM AMAL SEKARANG TUUU. MEMALUKAN ISLAM DAN MENCALAR IMEJ PAS SAHAJA.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus