Skip to main content

Hapus Tol antara 14 manifesto PR bela rakyat

HAPUSKAN tol jambatan seperti yang dikemukakan oleh badan bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (Hapus) merupakan antara 14 Manifesto Pakatan Rakyat yang diumumkan dalam konvensyen di Shah Alam.

Cabang Kesejahteraan Rakyat ini dibentangkan Pengarah Strategi PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP.

Dzulkifly, Ahli Jawatankuasa Pas Malaysia berkata, iltizam politik itu demi membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berasaskan monopoli kronisma Umno Barisan Nasional semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

"Kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya," kata Dzolkifly yang juga pengarah di Pusat Penyelidikan Pas Pusat (PPPP).

Selain Hapus tol, 13 tawaran lain yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu;-

1. Harga minyak turun
2. Caj elektrik lebih rendah
3. Caj air lebih rendah
4. Hapus monopoli
5. Turunkan harga kereta
6. 150,000 rumah selesa mampu milik
7. Perbadanan Perumahan negara:pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik.
8. Pendidikan percuma untuk semua, hapus PTPTN
9. Hapus AES. Batalkan saman AES
10. Keadilan untuk warga Felda
11. Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah
12. Perkhidmatan wad percuma (kelas 1 dan 3) di semua hospital kerajaan
13. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan.