DAP minta Cina dan bangsa-bangga lain bersama-sama Melayu menolak kepemimpinan Umno Barisan Nasional dalam pilihan raya nanti.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, amalan rasuah membabitkan kepemimpinan Kerajaan Pusat sebelum ini mengakibatkan RM52 bilion ekuiti Bumiputera Melayu didedah lesap.
Baki ekuiti Bumiputera Melayu yang masih tinggal RM2 bilion.
"Kita (rakyat) tiada saham besar-besar. Tetapi, RM52 bilion saham bumiputera sudah lesap.
"Yang tinggal, RM2 bilion saja. Dia (Umno) telan RM52.
"Kita (rakyat) minta dia muntah balik (rasuah) duit rakyat nanti dengan syarat kita ubah Kerajaan Pusat sekarang," ujar beliau di Bagan pagi tadi.
Mengulas mengenai musim perayaan kebudayaan Cina - Tahun Baru Cina dulu dan Chap Goh Meh depan, Guan Eng berkata, memberi harapan perubahan untuk rakyat dan negara.
"(Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meh) tahun ini adalah 'tahun ular'. Ular selalu salin kulit, akan lebih besar.
"Kita (rakyat) pun semakin besar apabila salin Kerajaan Pusat nanti. Ular bersalin kulit, rakyat bersalin Kerajaan Pusat," ujar Ketua Menteri itu di depan hampir 50 hadirin.
Justeru, begitu menyeru rakyat mengukuhkan sokongan terhadap Kerajaan Negeri, selain, memastikan proses peralihan kuasa secara aman berlaku semasa Umno Barisan Nasional tewas di pilihan raya umum nanti. -END
No comments:
Post a Comment