25 October 2012

Kar Siong punca Pelajar Emas lewat terima sumbangan RM100 - Guan Eng


KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng memohon maaf kepada rakyat di negeri berkenaan atas kelewatan Kerajaan Negeri menyerahkan sumbangan Program Pelajar Emas berjumlah RM100 yang didakwa berpunca oleh permainan politik Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

"Sepatutnya 110,000 ibu bapa kepada pelajar emas boleh terima wang sejak bulan Ogos tahun lepas, tetapi ini Wee Kar Siong halang sekolah bekerjasama dengan kita (Kerajaan Negeri).

"Saya sungguh-sungguh minta maaf sungguhpun yang halang pelajar-pelajar emas kita dari menerima wang ini adalah Wee Kar Siong," ujar beliau di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar, A.Thanasekaran (Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam), Jusni Ismail (Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, SPU) turut hadir pada Majlis Penyampaian Sumbangan Anak Emas dan Pelajar Emas Peringkat Daerah SPU.

Guan Eng berkata, pemberian sumbangan kepada 224 pelajar emas di Daerah Timur Laut pada 16 Oktober lepas adalah upacara simbolik anjuran Kerajaan Negeri sahaja.

Beliau berkata, seramai 36,907 pelajar emas dari Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4 yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri sebenarnya layak untuk menerima sumbangan RM100 secara 'one-off' secara berperingkat.

Itu, tidak termasuk 18,208 anak emas yang berdaftar dan layak menerima RM200.

"Untuk Majlis di Daerah SPU hari ini (6 Oktober lepas), seramai 2,455 anak emas layak menrima dan sebagai simbolik, kita menjemput 90 orang anak emas untuk diraikan, manakala, 270 orang menerima bagi kategori Pelajar Emas," ujar beliau sambil meminta mereka yang layak supaya menuntut sumbangan dari Pejabat Daerah masing-masing. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus