Datuk Dr Hasan Mohd Ali sendiri hari ini dilaporkan berkata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat wajar melepaskan jawatan Mursyidul Am PAS kerana didakwa sebagai punca parti Islam itu lebih berminat untuk bekerjasma dengan DAP berbanding UMNO.
Malah kata Hasan lagi, Datuk Dr Haron Din lebih berwibawa serta mampu untuk mengisi jawatan Mursyidul Am parti.
"Sebelum nasi menjadi bubur, Nik Abdul Aziz wajar memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan setara dengan beliau,'' katanya di Utusan Online.
Hasan yang kini mengetuai NGO mesra Umno bernama JATi mendesak demikian gara-gara pendirian Nik Aziz mahu Pas tetap bekerjasama dengan DAP untk menumbangkan kezaliman Umno BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Terdahulu, Hasan dan Haron dilaporkan terbabit secara langsung dalam menjayakan pertemuan sulit serta kerjasama PAS dan Umno atas nama Kerajaan Perpaduan (UG), namun, dipertikai secara konsistan oleh Nik Aziz serta perwakilan Muktamar PAS selama empat tahun berturut-turut sejak tahun 2008.
Takkan kerana Haron pernah pro UG PAS dengan Umno, maka Hasan memulakan percaturannya ke kerusi Mursyidul Am sempena saingan Muktamar parti kali ini?
No comments:
Post a Comment