02 October 2012

Bajet 'Minta Nyawa' 2013: Mengapa Najib Razak sasar defisit bajet turun 4.5 peratus?

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak anggar defisit bajet akan menurun daripada 4.5 peratus pada tahun 2012 pada "hanya" 4.0 peratus pada tahun ini seperti yang terkandung dalam Bajet 'Minta Nyawa' 2013.

Gambaran "berasa seronok" (feel good) sengaja diada-adakan untuk menyembunyi prestasi urus tadbir pincang Kerajaan Barisan Nasional Pusat sebenar yang seringkali tidak menepati sasaran perbelanjaan.

Sebagai contoh, jumlah perbelanjaan Bagi Bajet 2012 berjumlah RM232.8 bilion telahpun diumumkan dalam ucapan bajet di Dewan Rakyat pada tahun lepas.

Tetapi, Laporan Ekonomi 2012/2013 yang diedarkan di Parlimen baru-baru ini menyaksikan jumlah perbelanjaan Bagi tahun 2012 adalah dianggarkan sebanyak RM252.4 bilion.

Angka itu menunjukkan pertambahan sebanyak kira-kira RM20 bilion daripada unjuran yang digariskan sendiri oleh Najib yang juga Menteri Kewangan.

4.5 peratus anggaran defisit bajet hanya "wayang politik" untuk menutup rekod amalan urus tadbir yang tidak cekap seperti yang didedah di atas.

Setuju?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus