22 October 2012

Audit: Dua projek pusat mula lewat punca P.Pinang tak belanja RM286.2 juta, kata Guan Eng


PERUNTUKAN yang tidak dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya hanya RM23.9 juta disebabkan projek berwajib Kerajaan Pusat lewat dimulakan di negeri berkenaan.

Demikian penjelasan Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini semasa mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang menegur Kerajaan Negeri kononnya tidak membelanjakan kira-kira RM386.2 juta.

"Sebenarnya hanya RM23.9 juta yang tidak dbelanjakan dan bukannya RM386 juta.

"RM23.9 juta tidak dibelanjakan kerana projek bermula lewat dan jabatan telahpun diarahkan untuk memastikan kelewatan dapat dielakkan," ujar beliau dalam satu sidang media bersama-sama Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy.

Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Phee Boon Poh, Law Choo Kiang antara Exco Kerajaan Negeri yang hadir pada sidang media di Komtar, George Town.

Hadir bersama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus dan Datuk Mokhtar Jait (Pegawai Kewangan Negeri) serta Datuk Mohd. Saleh Man (Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir).

Laporan tahunan itu antara lain menyebut, sebanak RM557.25 jut peruntukan membabitkan 9 jabatan sepatutnya dibelanjakan bagi menjalankan 2,489 projek dalam tahun lepas.

Namun, menurut laporan itu lagi, sejumlah RM171.05 juta dibelanjakan, manakala, baki RM386.2 juta tidak dibelanjakan.

Guan Eng berkata, baki RM362.3 juta yang tidak dibelanjakan itu disebabkan RM100 juta yang diperuntukkan untuk pengambilan tanah hub pendidikan Asian Women Leadership University atau AWLU di Kampung Genting, Balik Pulau tidak dibelanjakan apabila AWLU bersetuju memilih tapak kerajaan negeri di Pondok Upeh.

"Oleh itu, pengambilan tanah di Kampung Genting dibatalkan dan kos RM100 juta dijimatkan," ujar Guan Eng.

Tambah beliau, RM262.3 juta diperuntukkan untuk membayar hutang pinjaman projek bekalan air yang tidak perlu lagi dibelanjakan selepas perjanjian penghijrahan aset air kepada kerajaan persekutuan menerusi Perbadanan Asset Air Bhd (PAAB).

"Ini adalah kerana kerajaan persekutuan diperlukan membina Empangan Air Mengkuang dan mengambilalih hutang pinjaman ini sebagai pra-syarat kerajaan negeri bersetuju menyerahkan aset air kepada PAAB.

Tuntas dari itu, katanya, Laporan Ketua Audit Negara telahpun menyatakan bahawa daripada 2,489 projek yang telah diluluskan pada 2011, 2455 projek, iaitu  98.6%  telah siap sepenuhnya.

"Hanya dua perbelanjaan besar sebanyak RM 362.3 juta tidak dijalankan kerana lewat berjalan projek," tegas beliau. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus