Selain menghabiskan kerja-kerja menyiapkan paper projek akademik yang terbengkalai, masa harian saya terisi dengan minum, tonton TV dan tidur.
Hidup menjadi sedikit kosong sungguhpun pada ketika itu adalah musim Pilihan Raya Kampus yang menyaksikan Pro Mahasiswa bersaingan dengan budak-budak Umno kampus.
Perasaan kosong dan kosong ini bukan pertama kali dirasai oleh saya. Saya pernah merasainya semasa cuti menunggu keputusan SPM dan STPM.
Menjelang usia 30 tahun sekarang ini, saya sekali lagi merasai perasaan yang aneh ini.
Beberapa hari saya mengambil masa untuk menyelami perasaan aneh ini.
Dalam beberapa hari ini, saya berjalan seorang diri di Pantai Bersih. Sesekali wajah anak, Insyirah mencuit perasaan kecil saya.
Sesekali air mata saya mengalir apabila mengenangkan isteri, Siti Hajjar Hassan dengan sakitnya, Cancer Hogdkin Lymphoma yang sudah sampai tahap empat.
Saban malam saya pulang lewat pagi. Kalau tidak bertandang di McD sorang-sorang, saya akan duduk di tepi pantai Persiaran Gurney atau beriktikaf di Masjid Terapung dekat Tanjung Tokong.
Saya baca semua akhbar. Saya baca semua blog. Tetapi jiwa masih diselimuti perasaan aneh.
Kawan-kawan seperti Mat Pijan, Ezmeer, Rozaimin dan Adil selalu mencuit perasaan saya.
"Aku memang rasa Pakaq dah cool. Kalau hang tengok Pakaq tiga bulan lepas dan sekarang, ternyata berubah. Jeans. T-Shirt fit. Jam tangan puteh. Wallet kuning. Gajet di tangan. Kaca mata hitam tersandung di kepala," kata mereka.
Saya kata, "jiwa saya jadi kosong. Dalam kesedihan ini, saya mahu membeli 10 tahun dahulu."
Sementara menungguh Subuh pagi tadi, hati saya tak keruan di atas tikar sembahyang.
Saya sendiri tidak tahu mengapa tiba-tiba saya begitu ghairah menghina diri di depan Pencipta.
Mungkin kerana saya begitu angkuh di maya pada ini, maka elok saya mengemis kasih dari langit.
Mungkin kerana saya begitu angkuh di maya pada ini, maka elok saya mengemis kasih dari langit.
Selepas Subuh, saya berasa saya sudah menemui jawapan pada semua perasaan aneh ini.
Inilah yang dipanggil sebagai "transisi hidup". Dalam keghairahan hidup, kita perlu menyediakan platform untuk transisi hidup.
Selepas lima hingga enam hari bekerja dalam seminggu, dua atau sehari cuti adalah transisi hidup untuk membeli jiwa yang baru bagi hari bekerja pada minggu seterusnya.
Kalau bekerja tujuh hari seminggu, tiada transisi hidup. Suatu hari, kehidupan itu akan mati dengan kebosanan, putus asa, hilang arah dan tidak cool.
"Ya Allah, tunjukkan lah aku kehidupan yang hakiki, supaya aku terus belajar mencintai-Mu. Amin..."
ZAINULFAQAR YAACOB
Tol Jambatan P.Pinang | 8.29 pagi
No comments:
Post a Comment