Skip to main content

Mahathir tuduh PR ikut telunjuk Soros?

Tun Dr Mahathir Mohamad seakan cuba mengelirukan sentimen rakyat anti Umno Barisan Nasional (UBN) dengan menuduh beberapa kuasa asing kian pro Pakatan Rakyat (PR).

Bekas Presiden Umno itu menuduh beberapa kuasa asing tersebut mahu perubahan rejim di Malaysia berlaku sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Malah katanya, kuasa-kuasa asing tersebut mahu pemimpin pembangkang menjadi kerajaan supaya boleh mengikut telunjuk mereka. Tuduhan berniat jahat itu disuarakan semasa mengulas mengenai National Endowment for Democracy dan badan tajaan George Soros bernama Own Society Institute (OSI).

Beliau bagaimanapun tidak pula mengulas mengenai konspirasi pentadbirannya sekitar awal 1990-an bersama-sama George Soros yang dikenali sebagai spekulator mata wang dunia berjudi wang rizab Bank Negara Malaysia sehingga lebih RM30 bilion lesap.

"Dia punya tujuan, baik liberal west, baik Soros, satu satu Perdana menteri yang boleh dia guna.

"Sebab itu, dia nak perubahan rejim di Malaysia supaya orang yang jadi Perdana Menteri boleh ikut telunjuk dia," ujar beliau dipetik dari satu akhbar arus perdana.

Pemimpin tertentu PR di bawah kepemimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digambarkan sebagi pemimpin "ikut telunjuk" kuasa asing apabila beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang pro demokrasi di tanah air ini didesak menerima pembiayaan dana dari pertubuhan puteri demokrasi sedunia termasuk dari Amerika Syarikat.

Itu, termasuk Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang kini giat membongkar skandal rasuah serta penyelewengan kuasa dalam pembelian kapal selam Scorpene yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Nasib Tun Razak, Abdul Razak Baginda (bekas SetPol Najib) dan mendiang Altantuyaa Sharibuu (gadis Mongolia yang dibunuh dek C4 beberapa tahun lepas, iaitu semasa Najib masih Menteri Pertahanan). -END