21 September 2012

Cap Ayam 'kuasa baru' saingi Aspirasi, ProM USM


PILIHAN RAYA Kampus (PRK) Universiti Sains Malaysia (USM) yang bermula hari ini menyaksikan kemunculan "kuasa baru" bagi menyaingi Aspirasi Umno dan Pro-Mahasiswa (ProM).

Menggunakan logo Cap Ayam, mereka menggelarkan diri sebagai "Kualiti Bukan Sekadar Nama" dengan meletakkan empat calon di kerusi umum dan empat lagi di peringkat pusat pengajian.

"Mandat mahasiswa terbanyak mampu menjadikan kami 'kuasa baru' yang sederhana dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sungguhpun beberapa pukal mempunyai persepsi yang kurang betul kononnya kami (Cap Ayam) adalah calon bebas mewakili 'kuasa ketiga'," ujar jurucakap Norazrizal Aswad di perkarangan Pusat Penamaan Calon, USM.

Selain Aswad, calon umum lain seperti Kew Si Cheng, Ng Ming Yip dan Saw Jia Ying turut hadir pada sidang media tersebut.

Hadir bersama, calon-calon bagi kerusi Pusat Pengajian seperti, Hanafi Qasim Ahmad (Institut Pasca Siswazah),  Muhammad Hazizi Padzil (Sekolah Kemanusiaan), Benjamin Tan (Pengurusan) dan Ramli Salleh (Ilmu Pengurusan).

Dalam perkembangan yang sama, Aswad mempersoal insiden lima calon ProM mengaku sukar untuk mendapatkan tandatangan kebenaran untuk menjadi calon daripada pihak berwajib.

"Sungguhpun kami ("Kualiti Bukan Sekadar Nama") dan ProM mempunyai faham politik yang berbeza, bagi kami, layanan yang menimpa Mereka (jika benar) adalah suatu yang tidak menjunjung imej Universiti.

"Sama ada perbuatan yang tidak menjunjung imej universiti itu termasuk dalam perancangan Task Force 2020 (kendalian) Umno BN atau tidak, biarlah Naib Canselor, Datuk Prof.  Omar Osman yang bijaksana siasat dan jelaskan kepada kita (mahasiswa)," ujar beliau.

Sementara itu, Mohd Hafizan Marzuki - salah seorang jurucakap Cap Ayam - mengumumkan untuk menarik beberapa calon di peringkat Pusat Pengajian menerusi laman sosial Twitter beliau.

"Ksama 1 lwn 1 lwn aspirasi di prgkat pusat pengajian. Kami telah menarik diri bagi pusat pengajivan fizik, kimia, biologi, matematik #capAyam"

(https://twitter.com/matpijan/status/248978237370298368)

Aspirasi bertanding di semua 45 kerusi peringkat umum dan Pusat Pengajian.

ProM sah bertanding di 16 kerusi dan masih berusaha untuk mendapatkan tandatangan kebenaran untuk tiga calon lagi.

Tempoh berkempen adalah bermula pada petang ini sehingga tengah malam Isnin depan.
Manakala, mahasiswa dijadualkan mengundang undi pada Selasa. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus