01 August 2012

Tisu sum-sum Hajjar diambil Isnin nanti...

Alhamdulillah.

Hari ini saya berbuka puasa ala kadar saja di Hospital Pakar Sultanah Aminah, Johor Baru.

Hajjar tak berpuasa. Hajjar perlu makan sebab beliau sakit.

Firman Allah s.w.t: "Wa inkana maridhon aw 'ala safarin..."

Petang tadi, Pakar darah, Dr Lim Soon Kim menjelaskan bahawa penyakit yang dihadapi oleh Hajjar jarang belaku di sini.

Dr kata Hajjar kurang darah atau anemia. Anemia bukan penyakit. Anemia adalah tanda-tanda lazim yang diwarisi secara genetik.

Anemia mungkin faktor ketumbuhan yang kian membesar di paru-paru Hajjar atau sebaliknya.

Ketumbuhan itu pun, menurut Dr, masih tidak sampai pada tahap kanser atau barah.

Pembedahan major senang dilakukan jika Hajjar ada ketumbuhan di paru-paru sahaja. Itu, kes yang lazim dibedah di sini.

Kes Hajjar disifatkan "jarang berlaku" kerana platlet dalam badan Hajjar sangat berkurangan. Darah pun kurang. Jika pembedahan ketegori major dilakukan, Hajjar berdepan risiko yang yang tinggi, iaitu pendarahan teruk.

Kes Hajjar menjadi bertambah rumit apabila tidak diketahui punca limpa dan hati Hajjar kian membengkak.

Patutlah saban malam, Hajjar mengerang dan menggigil kesejukan. Orang kurang darah atau anemia memang begitu.

Patutlah mata Hajjar kekuning-kuningan sejak kelmarin. Itu, tanda-tanda limpa dan hati 'bermasalah'.

Saya kata, paru-paru Hajjar dikenal pasti membengkak semasa membuat siasatan perubatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada bulan lepas.

Sungguhpun Dr pakar darah, beliau melahirkan rasa hairan mengenai insiden darah lebih dua bag boleh hilang begitu saja dalam badan Hajjar dalam tempoh tak sampai 24 jam.

"Pembedahan (membuang ketumbuhan pada paru-paru) tidak boleh dilakukan sehingga diketahui punca limpa dan hati bengkak kerana perlu diketahui punca sebenar sakit Puan Hajjar," kata Dr. kepada saya petang tadi selepas membuat siasatan fizikal pada seluruh tubuh Hajjar.

Saya bersetuju dengan cadangan Dr untuk mengambil tisu sum-sum Hajjar untuk membuat siasatan perubatan lanjut kerana itu sahaja opsyen segera yang ada.

Sungguhpun saya tahu kesakitan teramat serta risiko kaedah sedemikian, ikhtiyar dan pasrah perlu pada saat-saat genting sebegini.

Pembedahan minor dijadualkan pada Isnin depan. Mudah-midahan, ia mempercepat pembedahan major untuk buang ketumbuhan dan sembuhkan sakit lain-lain kelak.

InsyaAllah, Jumaat nanti, saya akan bergegas pulang ke Pulau Pinang. Saya mungkin akan memohon cuti tanpa gaji selama 30 hari kerana Hajjar memerlukan saya terutama semasa menggigil kesejukan sepertiga malam tiap-tiap hari.

Saya semacam tahu yang Hajjar akan bermukim di hospital ini lebih lama. Bukan seminggu atau dua minggu. Isnin pagi, saya kembali ke Johor Baru.

Syukur...Mujur Insyirah yang comel itu serasi dengan mak mertua dan bibik Hazirah di Johor ini.

Apabila Dr memberikan penjelasan rumit, saya pun tak kata apa-apa.

Saya tak mahu menjelaskan mengenai penjelasan perubatan Islam yang saya bersama-sama Hajjar tempuhi sejak sebulan lepas sebab perubatan konvensional memerlukan penjelasan saintifik.

Ustaz Arif, pengendali perubatan Islam dari Pusat Perubahan Islam Ruhaniah, Senawang sebelum ini berkata, Hajjar terkena sihir liar. Selebihnya, biarlah rahsiah kerana itu hasrat Hajjar.

Memang susah untuk menjelaskan mengenai kesimpulan perubatan konvensional dan perubatan Islam kerana kedua-duanya mempunyai disiplin yang berbeza serta kaedah penyelesaian berbeza.

Hajjar ucap terima kasih kepada semua yang terus mengutus salam dan doa untuk dirinya.

Bagi yang berniat untuk menyumbang kepada Hajjar, boleh disalurkan melalui akaun Maybank2U saya dahulu, Zainulfaqar Yaacob, 164258481533. Tolong SMS saya, jumlah sumbangan.

Sekadar perkongsian.

ZAiNULFAQAR YAACOB
Johor Bharu | 8.32 malam

6 comments:

  1. syafakillah...Allah Sentiasa bersama anda dan isteri.smg dipermudahkan segala urusan penyembuhan.tabahkan hati.sesungguhnya setiap penyakit ade ubatnye...

    ReplyDelete
  2. Fenomena darah dua beg hilang dlm tempoh 24jam yg memeningkan doktor pakar mgkn melibatkn faktor jin

    ReplyDelete

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus