MAHAKAPIR NIKAZIZ CUKUP BANGGA JADI KAPIR ..RESPONS FAQAR:
"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" – Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
1. Tidak ada nas yang sahih lagi soreh yang melarang secara mutlak ke atas orang Islam yang mahu berkongsi pemerintahan dengan kafir yang adil jika dirujuk pada dua sumber qat'i, iaitu al-Quran dan al-Hadith.
2. Maka, asal hukum (al-hukmu lizatihi) bekerjasama dengan orang kafir yang adil adalah harus berdasarkan kaedah fiqh al-Islami yang menyebut, "al-aslu fi al-asya' al-ibahah" (baca: asal sesuatu yang tiada nas adalah harus).
3. Pendirian PAS seperti di atas itu nyata di bawah ketegori hukum yang mendatang (al-hukmu li ghairihi).
4. Contoh lain yang lebih mudah, asal hukum makan babi sungguhpun haram tetapi boleh difatwakan wajib makan semasa darurat. Hukum haram itu adalah al-hukmu lizatihi dan wajib makan itu adalah al-hukmu lighairihi.
5. Disiplin usul fiqh seperti di atas ini sekaligus menjelaskan kepada kita bahawa pendirian itu jika fatwa sekalipun, ia di bawah ketegori al-hukmu li gharihi.
6. Disiplin usul fiqh al-Islami juga menjelaskan bahawa sesuatu pendapat ulamak hatta fatwa sekalipun sebenarnya relavan dalam zuruf (masa, tempat dan kondisi) ia dikeluarkan sahaja.
7. Dengar erti kata lain, pendirian PAS seperti di atas itu wajar dilihat relavan pada era 1960-an sahaja, bukan selepas Thunami Politik 8 Mac 2008.
8. Penjelasan ini berdasarkan kaedah usul fiqh yang menyebut "taghaiyyirul ahkam bi taghaiyyirul azman wal amkinah" (baca: perubahan hukum berdasarkan perubahan masa-masa dan tempat-tempat).
9. Rasulullah menolak kerjasama dengan 'United Musyrikin National Organization' di Makkah semasa ditawarkan pangkat, harta dan perempuan kerana kerjasama itu memanjangkan kezaliman. (Lihat ayat 113 dari surah ke-11), tetapi memilih berkerjasama politik (tahalluf siyasi) dengan tiga puak Yahudi dan satu puak Majusi dalam memeterai Perjanjian Madinah atas sebab menyokong keadilan sosial.
10. Apa yang saya nak perjelas di sini, perubahan masa, tempat dan kondisi akan melahirkan hukum yang berubah-ubah seperti PAS bekerjasama dengan DAP sekarang demi menolak kezaliman Umno sungguhpun parti Islam itu menolak kerjasama dengan kafir (baca: mungkin DAP) para era 1960-an dulu.
Wallahu 'alam.
Zainulfaqar Yaacob
Johor Bharu | 3.41 pagi
No comments:
Post a Comment