BELUM pun kalah dalam pilihan raya umum ke-13, nampaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah membayangkan malapetaka yang bakal Umno serta Barisan Nasional terima daripada rakyat.
Najib yang juga Presiden Umno semasa berucap petang tadi nampaknya mula belajar menerima kemungkinan kalah pada pilihan raya umum nanti.
Ucapan itu semasa banyak pihak, termasuk Pakatan Rakyat mempertikai slogan "Janji Ditepati" yang diperkenalkan Barisan Nasional lalu dijadikan tema Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos depan.
"Kita sedia ditolak rakyat jika kita tidak menunaikan janji kepada rakyat," ucap Najib di Buletin TV3 sebentar tadi.
Terdahulu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan rakyat akan melakukan perubahan yang lebih besar dalam pilihan raya kali ini berbanding Thunami Politik pada 8 Mac 2008.
Beliau meramalkan, rakyat bersedia memberi mandat kira-kira di 140 kerusi Parlimen sungguhpun bakal menempuhi pelbagai penyelewengan pilihan raya yang didalangi oleh Barisan Nasional, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Malah katanya, beberapa Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional kemungkinan akan 'jatuh' selain Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan mandat di beberapa Kerajaan Negeri yang sedia ada.
"Jika mereka menipu (dalam) pilihan raya sekalipun, Pakatan Rakyat akan menang dengan sekongan rakyat," ujar Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. -END
No comments:
Post a Comment