23 August 2012

Mahathir tak yakin rekod 'Janji Ditepati' Najib?

TUN Dr Mahathir Mohamad hari ini mengajak rakyat melihat rekod pentadbiran Barisan Nasional pada era lepas berkemungkinan disebabkan bekas perdana menteri itu sendiri sedar bahawa rakyat masih belum bersedia menerima rekod transformasi serta doktrin  "Janji ditepati"  yang dibawa kepemimpinan Barisan Nasional sekarang.

Ekoran itu, beliau berdalih supaya rakyat tidak memberi  "mandat percubaan" kepada pembangkang Pakatan Rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Malah dalihnya lagi, janji pilihan raya seperti pendidikan percuma dan menghapuskan tol lebuh raya yang dikemukakan oleh pembangkang akan menggagalkan masa depan negara sebagaimana dilihat negara-negara berideologi sosialis dan komunis.

Pun begitu, beliau tidak pula mengemukakan fakta mengenai kegagalan negara-negara yang dimaksudkan itu disebabkan pemimpin mereka mengutamakan kepentingan rakyat.

"Malaysia tiada sebarang ideologi. Tetapi, yang nyata kerajaan (Umno Barisan Nasional) memerlukan wang untuk membangunkan negara dan memberi subsidi kepada kos hidup rakyat.

"Tetapi apabila kerajaan menghapuskan cukai, tol dan yuran, ia akan kekurangan wang. Kerajaan sebaliknya perlu berbelanja lebih untuk mengurus dan mengekalkan utiliti, lebuh raya, sekolah, kos operasi dan pembangunan, pencen dan sebagainya," dalih Dr Mahathir di blog peribadinya, www.chedet.com.

Beliau bagaimanapun tidak pula mempertikai beberapa skandal pecah amanah membabitkan menteri Umno seperti Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) dan projek LRT Ampang.

"Tetapi meminjam wang untuk dibelanjakan akan menyebabkan tidak dapat bayar balik pinjaman. Inilah yang terjadi kepada Greece. Ia akan bankrap," dalih Dr Mahathir," dalihnya.

Difahamkan, sosialisasi kewangan rakyat Greece menggunakan mata wang Euro merupakan salah satu punca utama negara Kesatuan Eropah itu hilang jaminan kewangan untuk membayar balik hutang.

Walhal, segala hutang membabitkan rakyat Malaysia dan kerajaan nyata dalam Ringgit Malaysia (RM) yang mustahil boleh mengakibatkan negara bankrap seperti Greece.

Perkembangan terbaru itu sekaligus memberi isyarat bahawa Dr Mahathir sendiri seakan tidak yakin dengan rekod pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus