22 August 2012

Guan Eng minat hadith Rasulullah di pagi raya...

"Suka hadith Nabi, suka kesederhanaan"
Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng mengaku bahawa beliau tertarik pada satu hadith Rasulullah s.a.w sempena menyambut Hari Raya Puasa baru-baru ini.

Hadith yang dimaksudkan itu bermaksud, “Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka iaitu pertama, doa orang berpuasa; kedua, doa pemerintah adil; dan ketiga, doa orang dizalimi, di mana doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi.” (riwayat Tirmizi)

Beliau berkata, Pulau Pinang akan terus berusaha menjadi Kerajaan Negeri yang adil supaya doa para pemimpin Islam dalam kalangan Pakatan Rakyat di negeri berkenaan diterima Tuhan.

"Itulah sebabnya kerajaan PR (Pakatan Rakyat) mempunyai komitmen menjadi kerajaan yang adil agar doa pemimpin Islam dalam PR diterima, khususnya bahawa masyarakat Malaysia sentiasa aman dan damai.

"PR dan DAP sedar bahawa keamanan dalam masyarakat majmuk hanya boleh tercapai dengan harmoni kaum dan kebenaran serta kemajuan dan keadilan untuk semua," ujar beliau pada Isnin lepasd di Kuala Lumpur.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, beliau tidak kisah sekiranya pemimpin Umno Barisan Nasional terus mengfitnah semua pemimpin Pakatan Rakyat seperti memanipulasi kebenaran di sebalik "tragedi berdarah 13 Mei 1969".

Ini kerana katanya, rakyat termasuk yang beragama Islam dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan; selain yakin doa orang yang dizalimi akan dimakbul oleh Tuhan.

Katanya lagi, rakyat dipercayai kian muak dengan fitnah yang diada-adakan oleh Kementerian Penerangan dengan kerjasama Umno serta akhbar Utusan Malaysia mengfitnah Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Ipoh Timur merangkap salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat) kononnya berkelakuan tidak senonoh dalam tragedi tersebut melalui filem "Tanda Putera".

"Semoga doa orang yang difitnah atau dizalimi akan dimakbul Tuhan. (Semoga) doa orang berpuasa pun akan dimakbul Tuhan. (Semoga) doa pemimpin-pemimpin Islam yang adil di negeri ini pun akan dimakbul Tuhan."

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus