09 August 2012

Fitnah P.Pinang serlahkan Pengerusi BN 'budak-budak' - Mansor

Mansor Othman
KEPEMiMPiNAN Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang difitnah mempunyai kepentingan peribadi dalam projek komersial di Jalan Zainal Abidin baru-baru ini seakan menyerlahkan sikap kebudak-budakan Pengerusi Barisan Nasional negeri, Teng Chang Yeow.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, Chang Yeow menggunakan teknik fitnah serta permainan politik perkauman dan keagamaan secara ekstrem demi menutup politik kotor pembangkang di negeri berkenaan.

Malah katanya, langkah terdesak Chang Yeow itu demi merampas kembali Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 wajar dipersoal.

"Kita (Kerajaan Negeri) mencabar Teng menunjukkan bukti dan beliau tidak boleh bertindak macam budak-budak yang baling batu sembunyi tangan.

"Apabila Kerajaan Negeri didesak membatalkan kesemua projek lereng bukit yang sebenarnya diluluskan semasa Barisan Nasional menguasai Pulau Pinang, adakah Barisan Nasional mahu paksa Pakatan Rakyat bankrapkan negeri Pulau Pinang sekiranya BN tidak berupaya menang balik Pulau Pinang dengan fitnah, politik ekstremis kaum dan agama," tanya beliau di Komtar, George Town.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Negeri meluluskan projek pembinaan bangunan 30 tingkat yang terdiri oleh lima tingkat hospital swasta, 19 tingkat hotel dan lima tingkat parkir itu baru-baru ini demi mengembangkan industri pelancongan perubatan di negeri berkenaan.

Teng Chang Yeow
Justeru katanya, fitnah Chang Yeow yang ditujukan kepada Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng dan empat Exco - Chow Kon Yeow, Wong Hon Wai, Phee Boon Pooh, Danny Law Heng Kiang - serta Ng Wai Aik (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri) sebelum ini sebenarnya demi mengalih perhatian rakyat terhadap isu penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang yang masih diteruskan oleh kerajaan Barisan Nasional pusat.

Beliau berkata, Chang Yeow sebenarnya tidak mahu rakyat menyedari hasrat Barisan Nasional kononnya mahu memansuhkan lesen penjaja jika kembali menguasai Pulau Pinang itu hanya janji kosong.

"Barisan Nasional tak pernah kurangkan satu sen semasa berkuasa berbanding dengan pengurangan 50% lesen penjaja di bawah Pakatan Rakyat," soal Mansor.

Tambah beliau, Chang Yeow sebenarnya takut untuk menjawab kontroversi dua pemimpin Umno Pulau Pinang yang dikatakan mengaut keuntungan RM5 juta dalam masa tak sampai empat bulan hasil membeli tanah daripada 31 Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau.

"Biasanya komisen tanah broker adalah 2% tetapi telah jadi 57% dalam kes ini," tegas beliau.

Terdahulu, pentadbiran Guan Eng difitnah lebih mementingkan diri apabila menjual tanah tersebut dari membina 140 unit rumah kos sederhana rendah (LLC) dan kos rendah (LC) di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) fasa kedua.

Pun begitu, mereka tidak pula mengakui usaha Kerajaan Negeri membina 2,000 unit rumah kos rendah (LLC) dan sederhana rendah (LC) lagi di Jalan S.P. Cheliah yang nyata berdekatan dengan tanah Jalan Zainal Abidin yang kontroversi itu demi kepentingan rakyat terbanyak di negeri berkenaan. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus