Kak Wan |
Desas-desus itu tersebar semasa kerusi nombor dua dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih disandang oleh Naib Presiden PKR merangkap ADUN Penanti, Datuk Mansor Othman.
Lanjutan itu, timbul spekulasi berantai bahawa Mansor bertanding di Parlimen Nibong Tebal seperti yang dicadangkan oleh Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi laluan kepada Dr. Wan Azizah ke DUN Penanti.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) - sayap parti PKR - yang turut disebut-sebut mengintai kerusi Penanti dalam reaksi spontan berkata, jawatan itu mungkin boleh diberikan kepadanya sekiranya Pakatan Rakyat (PR) kekal memerintah negeri.
Amir yang juga Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berkata, cadangan itu boleh dikemukakan sekiranya tiada calon ternama lain yang sesuai untuk mengisi kerusi jolokang 'pemimpin utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang' itu.
"Setakat ini PKR negeri belum pernah membincangkan tentang perkara ini namun sekiranya ada peluang dan mengambil kira tiada calon lain yang ternama yang sesuai apa salahnya kita berikan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 kepadanya bagi mewakili PKR," katanya pada Sinar Harian, semalam.
Amir bagaimanapun berkata, cadangan itu tergantung pada ketetapan yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti sama ada mahu mencatur tokoh wanita itu di Pulau Pinang atau negeri-negeri lain.
AMK, menurut beliau, memang amat mengalu-alukan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk kembali ke Pulau Pinang dan beliau yakin momentum sokongan rakyat kepada isteri Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim itu masih lagi kuat.
Mengulas mengenai kenyataan Adun Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah yang mendakwa tindakan Dr Wan Azizah yang mahu bertanding di kerusi Pulau Pinang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi selain bukan mahu berkhidmat kepada masyarakat, Amir berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali.
Menurutnya, tindakan Dr Wan Azizah melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya adalah satu strategi PKR bagi menghapuskan Umno di kawasan berkenaan. -END
Menurutnya, tindakan Dr Wan Azizah melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya adalah satu strategi PKR bagi menghapuskan Umno di kawasan berkenaan. -END
No comments:
Post a Comment