Guan Eng (kiri) dan Soi Lek dalam satu debat Februari lepas. |
Guan Eng tengah hari tadi berkata, Soi Lek tidak layak untuk dibandingkan dengannya yang mempunyai pengalaman membela nasib seorang juvana yang menjadi mangsa rogol seorang ahli politik negara.
Guan Eng menjelaskan, beliau pernah ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987 dan dipenjara di Penjara Kajang pada tahun 1988 kerana mempertahan nasib perempuan Melayu itu.
"Adakah mengaku terlibat dalam skandal moral membolehkan Chua terlepas dari dituduh bersalah dan menjadikannya sebagai seorang wira yang berani?
"Saya hanya boleh menyifatkan keberanian Chua (Soi Lek) sebagai keberanian muka tebal," katanya di Komtar, George Town.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong merangkap Pengerusi MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo didakwa menyalahguna keistimewaan dan kekebalan Dewan Undang Negeri (DUN) Melaka demi mengaibkan Guan Eng sekeluarga.
Dalam mesyuarat dewan, Guan Eng dituduh mempunyai skandal moral dengan seorang bekas kakitangannya, manakala isterinya Betty Chew (ADUN Bachang) pula dituduh mengkasari perempuan tersebut.
Ekoran insiden itu, Soi Lek memaksa serta mencabar Guan Eng supaya berani mengaku semua tuduhan tanpa asas yang diluahkan oleh Tian Loo itu dan disebarkan oleh cybertrooper Umno dalam internet sehingga sekarang berkenaan adalan benar belaka.
Namun, Guan Eng mencabar kembali Soi Lek supaya mengulangi semua tuduhan itu di luar DUN hatta Dewan Rakyat.
"Adakah anda (Soi Lek) berani untuk mengulangi tuduhan-tuduhan palsu itu di khalayak umum supaya kami (Guan Eng sekeluarga) boleh membiarkan mahkamah memutuskannya," tanya Guan Eng sambil mencabar Soi Lek.
Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan amalan mengfitnah di kalangan pemimpin Barisan Nasional berkenaan demi mengelirukan pemikiran rakyat. -END
No comments:
Post a Comment