Gambar hiasan |
KESEMUA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP hari ini digantung selama enam bulan oleh Speaker DUN Melaka, Othman Mohammad.
Mereka, Ketua Pembangkang Goh Leong San (Kesidang), Betty Chew (Kota Laksamana), Lim Jak Wong (Bachang), Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) dan Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh).
Punca mereka digantung adalah kerana membantah Othman kerana membenarkan Gan Tian Loo (ADUN Duyong) berucap memburuk-burukkan keluarga Betty Chew dan Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dalam dewan yang mulia.
Othman turut dibantah kerana membenarkan media mesra Umno membuat rakaman video khusus ucapan tersebut demi memalukan Betty Chew.
Mereka keluar beramai-ramai dari dewan semalam sehingga mencemaskan Othman.
Mereka keluar beramai-ramai dari dewan semalam sehingga mencemaskan Othman.
"Sejak saya menyertai sidang DUN di Melaka sudah tiga penggal, tidak pernah ada rakaman video di dalam dewan oleh pihak media, kecuali prosiding yang ada Tuan Yang Terutama atau pembentangan bajet.
"Kita lihat mereka memberikan satu rakaman penuh dan sudah terbukti apabila kita melihat berita tersiar di stesyen Media Prima pada jam 8 di TV3, sudah jelas ini adalah satu konspirasi untuk cuba membangkitkan suatu isu yang tidak pernah berlaku.
"Saya rasa kalau pemimpin terbabit ada moral, beliau harus ulangi tuduhan itu di luar dewan dan jangan berselindung dalam dewan dan jangan jadi pengecut.
"Saya nak tanya kepada Gan Tian Loo, you adalah seorang bapa dan you ada anak, boleh buat fitnah ini semata-mata untuk kepentingan parti," kata Betty Chew.Speaker DUN Melaka bagaimanpun berdalih, kebenaran berkenaan kerana percaya dengan etika serta kredibiliti pihak media yang membuat liputan.
Pencemaran demokrasi dalam DUN Melaka sekaligus menjadi satu lagi isyarat yang memungkin Umno BN akan tumbang pada PRU13 nanti.
No comments:
Post a Comment