Saham pengendali emel 1MOOlaysia, Tricubes Bhd. yang didagang dalam Bursa Saham Malaysia hari ini dilaporkan menjunam kira-kira 70 peratus dan mungkin dinyahsenaraikan.
The Star mendedahkan saham bernilai 0.035 mata menjunam ke -0.065 mata, lapor Anak Sungai Derhaka.
Syarikat milikan tidak langsung Nazir Razak (adik Perdana Menteri Najib Razak) itu diduga bakal menghanguskan RM50 juta dana kerajaan pusat yang sebenarnya wang rakyat.
Sebelum ini, Tricubes pernah menggamit amarah rakyat apabila menetapkan caj 50 sen per penggunaan yang membabitkan warganegara yang berusia 18 tahun dan ke atas.
Namun, Najib yang juga Presiden Umno kemudiannya berdalih, kos penyelenggaraan 'sistem bangang' itu tidak membabitkan dana awam rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment