06 July 2012

Penyertaan artis bukti 'PAS untuk Semua', kata Husam

Husam Musa
FENOMENA artis mendekatkan diri dengan Islam serta menyertai PAS membuktikan bahawa parti Islam berkenaan ada untuk rakyat Malaysia, kata Naib Presidennya Datuk Husam Musa.

Malah katanya, fenomena itu seakan meyakinkan rakyat terhadap slogan PAS For All yang cuba direalisasikan oleh PAS di tanah air ini.

“Mungkin selama ini mereka tidak mendapat maklumat yang jelas berhubung perjuangan PAS, namun selepas mereka memahami pada masa yang sama mereka boleh beribadat melalui karier masing-masing selagi tidak bercanggah dengan syariat.

“Mereka semakin sedar dan semakin didedahkan dengan kebenaran,” ujarnya di Harakahdaily.net.

Sebelum itu, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut melahirkan rasa syukur dengan iltizam dakwah yang diluahkan oleh selebriti Hairie Othman dan Abby Abadi menyertai PAS.

“Lt. Adnan (Hairie Othman), datang bertemu saya sewaktu di Kuala Lumpur, makan tengahari bersama yang selama ini artis begitu takut untuk bersama kita, wal hal kita bersedia menerima sesiapa saja,” ujar Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus