26 July 2012

Hudud: Bernama tajamkan perbezaan Nik Aziz, Karpal di PRU13

'Bernipu' lahir disebabkan integriti Bernama dipertikai.
BERNAMA atau Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dilihat seakan cuba menajamkan perbezaan impian antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Karpal Singh (Pengerusi DAP) dengan membangkitkan isu hudud demi merencatkan kemaraan Pakatan Rakyat menumbangkan Umno pada PIlihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata, semua pihak mengetahui iltizam politik PAS mahu melaksanakan hudud di negeri jolongan 'Serambi Makkah' itu.

"Rasanya saya tak perlu sebut kali kedua, kerana ia (cadangan itu) sudah lama dah, semua orang tahu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu semalam.

Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai perbezaan dasar antara PAS dan DAP mengenai isu negara Islam dan Hudud yang mahu direalisasikan oleh parti Islam berkenaan.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.

Nik Aziz berkata jika hukum gantung boleh diterima semua pihak, maka tidak ada sebab hukum hudud tidak boleh diterima.

"Pelik apa kalau ambil hudud, bukankah di Malaysia ini ramai orang kena hukum gantung. Hukum gantung menyebabkan isteri dia (pesalah) jadi bujang (janda), anak jadi anak yatim, keluarga kehilangan tempat bergantung.

"Tapi hudud tak matikan orang, nak kerat (potong) tangan pun letak bermacam-macam syarat," katanya.

INGAT! Umno parti lanun!
'United Myanmar Nepal Organization'

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus