Skip to main content

Bukti BN dalang projek lereng bukit P.Pinang

Kolumnis Joceline Tan pernah melaporkan "dying hills" di Pulau Pinang melalui The Star.

Utusan kata, Guan Eng tak ikhlas.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang digambarkan terlalu mementingkan keuntungan dan tak kisah amarah rakyat.

Pentadbiran Guan Eng digambarkan sanggup meluluskan semua projek pembangunan di lereng bukit berketinggian atas 250 kaki yang berbahaya serta mencemarkan keindahan alam.

Sebenarnya, Guan Eng jemput Datuk Seri Wong Chun Wai untuk pergi menyaksikan sendiri Bukit Bendera sama ada "dying hills" tetapi Ketua Kumpulan Pengarang The Star itu elak dan tak berani sertai ekspedisi itu.

"Saya ingin menjemput Datuk Seri Wong Chun Wai untuk bersama-sama mendaki Penang Hill atau merentasi laluan bukit bagi menyaksikan sendiri kawasan tanah tinggi yang didakwa 'bukit menangis' melalui The Star," ujar Guan Eng selepas melawat kawasan berkenaan, iaitu Stesen 3, Penang Hill.

Rekod Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mendedahkan, kesemua 37 projek yang dipertikai itu diluluskan oleh Barisan Nasional semasa menjadi Kerajaan Negeri, iaitu sebelum Mac 2008.

Yang DiPertua MPPP, Ar. Patahiyah Ismail kata, 19 kelulusan yang diberikan selepas Mac 2008 pun sebenarnya adalah projek khas lama yang diluluskan oleh Barisan Nasional semasa menjadi Kerajaan Negeri.

Jika mahu menghentikan semua projek ini secara drastik, Kerajaan Negeri "memerlukan pampasan beratus juta hatta berbilion ringgit yang akan memufliskan negeri ini" untuk menghadapi risiko saman daripada pemaju berwajib, kata Guan Eng.


Faqar: "BN nak cover line lah tuh..."